Dalam kurebahkan badanku Menatap langit luas yang tak berpenghujung Ku lihat ku gambar sebuah dunia yang sempurna dan tiada celanya Tiada miskin dan derita Kedaifan bukan punca dia dihina Tetapi perangi amarah yang memulakan peperangan itu sendiri
Bagaimana gerangan tercipta Dua jurang yang sangat berbeza Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah Ku pinta pada Yang Maha Esa Sinari hidayah buat mereka Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar
Ku perlukan kasih-Mu Ku perlukan belas-Mu Segala tercipta Ada hikmah ada kisah ada nilainya Ku perlukan kasih-Mu Ku perlukan belas-Mu Ku akur ku syukur Ku akui ku hargai KebesaranNya
Senyuman si kecil yang suci Nilaikanlah ia sebesarnya dunia Kerana ianya Warisan yang akan menentukan hala tujuan kita Tangisannya perlu dihenti Selamatkannya untuk dirimu Ku sayu ku rayu Luangkan sesaat jelaskan segala yang dapat kau lihat
Semoga sejahtera semua Di dalam mencari Erti kehidupan Semoga terus berjuang Mendekati, memahami, menghalusi Dirimu sendiri